Follower

Jom KLIK2

Mar 7, 2015

Cerita KAYA. Jom baca

Alhamdulillah semalam, khamis 5/3/2015 berkesempatan hadir ke majlis ilmu di kejiranan. Saya nk share intipati ilmu yg saya dpt, yg agak terkesan.

Ustazah cerita pasal KAYA. Ramai kita malu, takut nk kaya. Sebab konon takut lupa diri, kononnya qanaah. Menjadikan org2 islam dilihay sebagai individu yg malas, kurang berusaha, mengambil kesempatan, suka bg free, suka subsidi dan seangkatan dgnnya. Betul kan? Saya rasa tertampar.

Minda kita dr kecil dh diasuh begini. Menjadikan kita manja, tak suka cabaran, sikit2 sentap, malas berusaha dan tak berkembang! Kita tiada JIWA SURVIVAL!!
Malu dgn org bukan islam.

Lihatla sekeliling kita, siapa yg kaya? Siapa org terkaya di malaysia? Kalaupn ada muslim, boleh kira dgn jari, itupn, xhabis sebelah jari!
Masihkah kita terus terusan nk berada dlm keadaan ini? Terus2an ditekan dan di asak dgn tekanan ekonomi? Kerana ekonomi skrg bukan dimonopoli oleh org islam.

Jadi kita kita ikut!
Turut!
Mahu x mahu kita tiada pilihan!

Org islam to be exact org melayu terlalu selesa dgn makan gaji. Berebut2 org nk dpt yg Allah kata 1/10 dr sumber rezeki itu. Sedangkan yg 9portion lg, direbut oleh org non muslim.

Malunya!
Berniagalah!
Sekalipun kita telah kaya!

Jadi ustazah sharekan amalan2 kekayaan yg wajib buat sekiranya betul2 nak kaya!

Dan mintalah pertolongan dgn sabar & SOLAT ( sape boleh tolong cari surah dan ayat berapa?)

Mulakan hari dgn 
SOLAT TAHAJUD. 4rakaat 2 salam.
Solat hajat
Solat istikharah
Solat witir
Disetiap akhir sujud doalah
"Ya Allah, aku serahkan jiwa dan ragaku, jasad dan tububkan, segala urusan dunia dan ibadahku kepadaMU. Kerana sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yg terbaik utkku"

Ustazah selitkan juga doa utk minta kaya.

Ya Allah berilah aku kekayaan seluas langit dan bumi, sebanyak laut dan darat

Jgn malu nk minta dgn Allah. Kerana Allah x pernah miskin utk memberi

Berserah - kira serahkan semuanya pada Allah, baru kita usaha sungguh2. Bukan dh serah, tp peluk tubuh, x usaha.
Syaratnya kena usaha sungguh2. Sungguh2 tu hnya kita je tahu. Kita mungkin boleh tipu org lain, tp Allah maha tahu. Even diri sendiri pn kita x leh tipu. Betul?

Sebelum solat subuh, solat sunat fajar 2 rakaat. Lebih baik dr dunia dan isinya.

Selesai solat subuh, baca yasin setiap hari
Sekitar 7-15 pg, solat sunat isra'
Lazimi zikir, tasbih tahmid takbir. Basahkan jiwa dgn zikir
Kemudian solat dhuha.
Solat fardhu awal waktu, tambahkan sunat qabliyah, ba'diyah
Surah alwaqiah jgn tggl
Solat taubat sebelum tdo, maafkan semua org, niat dan usaha utk bangun tahajud.

Oh ya, ustazah pesan bersedekahlah setiap hari.
Moga apa yg ani kongsikan ini bermanfaat.

Ayuh terus buat!!

Dari Master Ani Ahmad

####
Puan Badariah Umar
Senior Supervisor May 2015

No comments: