Follower

Jom KLIK2

Dec 27, 2013

BANYAKKAN SUSU IBU DENGAN POWER PUMPING

APA ITU POWER PUMPING??
Mesti ramai ibu-ibu kat luar sana yang kurang tahu pasal power pumping ni kan..ke ada yang tak pernah dengar pon sebelum ni??Ok takpe, harini jom kita sama-sama amik tahu pasal power pumping ni.

Power pumping ni adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu ibu.

Kaedah macam mana plak??
ok senang cakap kita perlu mengepam kedua-dua belah payudara serentak(double pumping) selamat 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit rehat-10 minit mengepam-10 minit rehat dan perlu dilakukan dalam jangka masa 60 minit?? jika pum anda jenis single, pum sblh kanan@kiri 5mnt & tukar kesblh lg & pum 5mnt & reha 10mnt.

kenapa perlu buat macam ni adalah sebab untuk mewujudkan demand atau dalam bahasa melayu dipanggil permintaan..bila wujud demand so secara tidak langsung badan kita dapat signal untuk proses susu dengan lebih banyak dan cepat. Ni automatik yea..susu jadi banyak dan cepat keluar...Kaedah ni amatlah sesuai untuk ibu-ibu yang mengeluh, risau susu badan sedikit untuk anak-anak mereka juga untuk ibu-ibu yang nak buat relaktasi..

Relaktasi tu ape plak??
kita bincang dalam entry yang laen yea..Wajib amalkan konsep ni di samping mengambil suplemen tambahan sebagai back up untuk si ibu lebih kekal cergas dan cukup zat supaya nanti dapat hasilkan susu yang banyak dan pekat serta penuh khasiat untuk bayi anda..Kaedah ini juga disarankan pada ibu-ibu yang didatangi haid, bayi berubah bulan( akan consume lebih banyak susu dari biasa).

Berapa kali nak kena buat power pumping ni??
Sebenarnya terpulang pada usaha anda, boleh buat seminggu sekali atau kalau rajin demi anak, boleh buat hari-hari..cari waktu yang sesuai untuk melakukannya dan saya cadangkan buatlah diwaktu malam antara (jam 12 tengah malam- 6pagi ) kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangat tinggi dan kandungan susu mengandungi lemak yang mana ia lebih pekat dan berfungsi mengenyangkan bayi kita dan boleh mempengaruhi kenaikan berat badan bayi..Ibu pun senang hati bila bayi kenyang dan sihat kan. So kenalah rajin demi anak kita..anak kita bukan anak orang laen.

Macam mana nak tambah pengeluaran hasil pumping??
Untuk tambah pengeluaran susu dan cepatkan penghasilan susu, kuncinya adalah singkirkan susu yang ade dalam badan..Singkirkan dengan cara pump pump dan terus pump dengan kerap dengan cara yang betul. Jadi susu akan terhasil diantara masa bayi menyusu..

SILA FAHAMI KONSEP DI ATAS N CUBA PRAKTIKKAN HARI INI!!!

Wahai ibu-ibu, jika tiada susu atau susu badan sedikit, jangan mengeluh..positiflah dan usaha..lakukan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh..jangan lupa berdoa dan meminta dari allah untuk cukupkan keperluan susu untuk anak kita..

Diingatkan perlu juga ambil suplement untuk menggalakkan pengeluaran susu..shaklee menawarkan suplement atau vitamin khas untuk penyusuan iaitu set M atau trial pack..

Set ini lengkap untuk ibu-ibu agar emosi ibu stabil, tenang, susu yang bakal terhasil lebih pekat, banyak dan segala zat yang terkandung dalam produk ni dapat disalurkan pada bayi anda..Ingatlah tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata,
“Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Semoga perkongsian ikhlas dari hati harini dapat menaikkan semangat anda untuk buat power pumping dengan cara yang betul..insyaAllah,

Dia tidak akan mensia-siakan usaha dan permintaan kita untuk anak tersayang..

Psssttt : Jangan putus asa dan istiqamah dalam buat power pumping..

017-6813489 ~ bada ~ sid 106887
utk dptkn info Full ataupun Trial Set Menyusu/Set Bersalin / Berpantang Shaklee yg mampu dimiliki.

No comments: