Follower

Jom KLIK2

Jul 16, 2013

ROH YANG KEMBALI DIBULAN RAMADHAN



Saya share status facebook dr seorg hamba Allah, Syed Amir Hamzah

ROH YANG KEMBALI DIBULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari


************************
Al-fatihah...sy sgt rindukan mak....rindukan abah....

ada yg bertanyakan, dimanakah sy akan berhari raya pd tahun ini?
sy hanya mampu menjwb, dimana2 bumi Allah sy akan berhari raya. 
sy masih xsanggup utk pulang ke umah arwah mak dismgol.
tambahkan, akak ipar ada bgtau terasa sgt umah arwah mak abh dismgol nampak sayu & sunyi.
sejak mak sakit hingga meninggal dunia (dec 2012 -may 2013) mak tinggal di umah anak2.

allahuakbar
tenangkan diriku & berikanlah kekuatan pd diriku untuk sentiasa berdoa keatas roh kedua2 org tuaku.

2 comments:

D_08 said...

Sabo yong....Allah sayangkan mak mike lebih daghi mike sayangkan dia...... setiap yang hidup pasti merase mati..... sabo yeee.... moge Arwah Mak mike ditempatkan dalam golongan oghang yang beriman.......

D_08 said...

Sabo yong....Allah sayangkan mak mike lebih daghi mike sayangkan dia...... setiap yang hidup pasti merase mati..... sabo yeee.... moge Arwah Mak mike ditempatkan dalam golongan oghang yang beriman.......