Follower

Jom KLIK2

Jul 10, 2013

Puasa

Makna Puasa

Dari segi bahasa:
Bererti menahan diri daripada sesuatu

Dari segi syarak:
Menahan diri daripada perkara-perkara yg membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dgn niat berpuasa, kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.

Berpuasa di bulan Ramadan hukumnya wajib (fardu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis & ijmak ulama.

Puasa Wajib Lain

1. Jenis-jenis puasa lain yg wajib ialah puasa nazar (puasa yg diniatkan utk dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat seperti menang dlm perbicaraan atau berjaya dlm peperiksaan).
2. Puasa kifarat* (puasa dlm erti kata membayar denda kerana melanggar syarat-syarat berpuasa seperti bersetubuh dgn isteri pd waktu siang di bulan Ramadan. Puasa kifarat disini ialah berpuasa selama 60hari berturut-turut). *sebenarnya dlm bahasa Arab disebut kaffarah.

Ijmak

Umat Islam telah ijmak (bersepakat) atau sekata atas wajibnya puasa Ramadan lantaran ia merupakan salah satu Rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dlm agama. Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan terkeluar drpd Islam.

"Puasa Ramadan mula diwajibkan pada hari Isnin dua haribulan Syaaban tahun kedua Hijrah"


**Rujukan dr buku Indahnya Hidup Bersyariat

2 comments:

D_08 said...

Selamat berpuase pade mike ye yonggggggg dan famili...

Bada Ariff said...

slmt pose juga...