Follower

Jom KLIK2

Jun 13, 2013

BERDOA

Assalamualaikum

Berdoa merupakan amalan penting yg dpt menghubungkan insan dgn Allah SWT sbg jln penyelesaian segala masalah rohani & jasmani, pelerai kesulitan dunia & akhirat.

Allah SWT berfirman yg bermaksudnya:-
Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa org yg meminta apabila ia berdoa kepada-Ku.

(Surah Al-Baqarah: 186)

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Daripada Abu Umamah r.a. katanya. Telah ditanya orang akan Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, manakah dia doa yg paling didengari?" Rasulullah SAW bersabda, " Dipenghujung malam yg terakhir dan selepas solat lima waktu". (Riwayat Al-Tirmizi)

Adab & sifat berdoa.
Berdoa ialah suatu ibadah yg mempunyai peraturan yg perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. Antaranya:-
1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian & tempat serta menutup aurat.
2. Dalam keadaan khusyuk & merendahkan diri kpd Allah & menghadap ke arah kiblat.
3. Merendahkan suara & tidak menganggu org lain
4. Jangan menggunakan lafaz doa yg bersajak
5. Yakinkan bahawa doa yg dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT
6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yg penting di tempat-tempat tertentu.
7. Memulakannya dgn memuji Allah & selawat (ke atas Nabi SAW) & juga mengakhirinya dgn pujian terhdp Allah & berselawat.
8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
9. Hendaklah memahami isi & maksud doa yg dilafazkan.
10. Doa itu bukan bertujuan utk melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturahim & jgn memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
11. Memulai doa dgn memohon keampunan utk dosa diri sendiri yg dilakukan, kemudian utk saudara mara beriman.
12. Hendaklah dgn penuh perasaan pengharapan & jgn cuba mengatakan "Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan".
13. Mengangkat kedua-dua tgn sehingga ke paras bahu spt tg dibuat oleh Nabi SAW.
14. Menadah tapak tgn mengarah langit & sekiranya meminta perlindungan, tapak tgn mengarah ke bwh.
15. Berdoa dgn suara perlahan.


sumber: buku Indahnya hidup bersyariat

*******************
marilah sama2 kita berkongsi ilmu. mudahan kita mendpt kerberkatan dr Allah SWT...amin

4 comments:

NARDtheNERD said...

terima kasih berkongsi.. :)

D_08 said...

DOa kene ikleh...dan kene berusahe...setakat doa..tapi tak berusahe... takde maknenye...takde bende datang bergolek pade kite..... dan usahe tanpa doa pun tak boleh jugakkk.... setiap ape yang kite buat ..kerana Allah...

Bada Ariff said...

nard...sama2 kita kongsi ilmu dunia & akhirat :)

Bada Ariff said...

betul tu en D, doa beserta usaha baru ada keberkesanan...

usaha berdoa pun...usaha gak tu..hihi

#mcm berbelit ayat la pulak *tepuk dahi sendiri*...hihi