Follower

Jom KLIK2

Jan 17, 2013

Warna Tema 2013

NUR
Pastel warna tema 2013. Lupakan 'colour block' yang mengisi almari anda sepanjang tahun 2012. Padanan dua atau tiga warna berbeza yang menarik perhatian itu boleh dilupakan buat sementara waktu, sekurang-kurangnya untuk tahun 2013 ini. Dengan persidangan pereka fesyen terkemuka dunia, semua bersetuju untuk menobatkan warna pastel sebagai warna yang perlu ada dalam koleksi anda.Dengan menyatakan tiga kelompok utama iaitu Earth Daze (warna-warna tanah), Natural Expression (warna metalik) dan Primary Circle (warna alam) membayangkan rona-rona suram namun sejuk mata memandang menguasai persada fesyen dan sudah tentu anda juga. Jom berkenalan dengan kelompok warna ini.
Earth Daze
Warna-warna tanah dengan idea tahun 1960an menjadi tema Earth Daze. Sedikit sentuhan kanvas lembut menyuntik kelainan dan memberi kesegaran. Rona coklat, Burgundy, Dark Orange, Brown Gold mendominasi. Sementara corak yang disarankan pula ialah sentuhan baldu, broked, corak paisley dan tribal prints.
Natural Expression
Warna-warna jernih seperti kelabu metalik dan rustic olive membayangkan persalinan rustik bak sutera. Ia tampak urban namun boleh dilembutkan dalam busana dengan menggunakan fabrik yang bersesuaian dengan Muslimah. Kata kuncinya ialah fabrik linen dan rayon jersey yang menampilkan unsur futuristik.
Primary Circle
Jika Natural Expression dan Earth Daze dalam kelompok warna pastel, berbeza dengan Primary Circle mencuri sedikit tumpuan dengan memaparkan warna-warna bertenaga bagi mengisi kelesuan warna pastel. Pilihan warna jingga terang, hijau dan merah membayangkan semangat membara.
Anda mungkin boleh menyarung kelompok warna ini sekali sekala bagi memberi kesegaran pada penampilan.
Nota : Gambar hiasan, koleksi Dian Pelangi.

No comments: