Follower

Jom KLIK2

Jul 10, 2012

Tips Persediaan Ibu Mensyusu Menjalani Ibadah Puasa

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  5. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  6. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  7. Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya.
  8. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  9. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.


Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!



* smlm makcik posa ganti (kes kena minum air gula masa preggy iman last yr). memula kerisauan timbul bab production susu iman mungkin akan kurang. jd saya bersahur ngn nasi putih, kurma, minum milo & air masak. makcik mmg tak de ambil apa2 supliment  selepas trial pack bf masa dlm pantang ritu. dh xkeje ni, lg la makcik malas nk berbelanja sesuka hati. jdnya makcik +vekan diri memujuk hati & jiwa lara ini dgn ayat2 cinta "susukan bby telah Allah kurniakan kpd seorg ibu. takkan susu boleh kering sbb berpuasa". jd penyusuan dilakukan seperti biasa & bertambah kerap. alhamdulillah, dgn jayanya Ariff Muhammad Iman kekenyang sehingga tido siang pd hari ni sebanyak 4x, sblm ni 3 x aje, hihi. allhamdulillah xterhingga dgn kurniaan dr Allah Taala yg memberi peluang pd makcik teruskan bf yg makcik tak dpt nikmatnye utk 2 ank terawal. pakcik pun sudah bersedia utk soping kurma byk2. tq yang coz 'membelai' kami anak beranak dgn seadanye :)

* dada ni tetiba sebak kenangkan anak2 jika makcik makan gaji semula. ada offer keje. resume lum antar, dh kecoh ye makcik Bada, hihi. % nk dpt tu tinggi coz rekemended kan :p TAPI bila pandang 3psg mata anak anak anak, makcik xjd nk antar resume. so far so good. pakcik masih mampu cover expenses teratak kecil kami ini. apa yg makcik nk cthnya cincin raya (ahaks) wpun lambat tp insyallah tetap akan dpt (ntah2 raya 2thn lg, wakaka).

* hari ni tanak posa coz nk basuh baju. ntah apa2 kan, basuh baju dh tanak posa, kihkih. jd rabu ni, last posa ganti. thn lepas 2hari posa bocor sbb minum air gula masa ngandung. mmg makcik geram je masa tu. kalau idak, xyah la skrg ni terhegeh2 nk ganti posa. thn ni, harap2 dpt la posa penuh 30hari. takyah ngada ujung syaaban baru nk ganti posa, hahaha

*sindrom xleh tido. tika ini sudah 2.30am. mata masih segar bugar. kalau makan, confirm ngantuk kwang3x....

2 comments:

mayangsayang said...

tenkiu bada utk tip tu, mayang sekarang mmg tengah nyusu anak selalu main belasah aje ... hehehhehh

bada said...

ye ke mayang. bby awak umur berapa? zaman mak2 kita dulu releks je nyusukan kita tanpa supliment & kerisauan melampau tentang production susu...hihi