Follower

Jom KLIK2

May 21, 2012

'Segmen: Imbau kenangan saat sah jadi miliknya'

1.1.2004 - Kuar bersama atas urusan kerja
bermula tarikh itu, saya+suami = kami, semakin rapat berkawan. diusia saya 24thn, wpun saya sudah bekerja namun masih dibawah ketiak along & isteri. along merangkap abh, dimana apa2 keputusan ditgn dia. syukur bila ada kakak ipar yg sporting. sblm membawa mata  air (ececeh ater lum kawin idak la bertitle suami) berjumpa ngan mak, kena la ngadap along & kakak dulu. alhamdulillah perjalanan ke arah kebaikan mendpt green light wpun pd masa tersebut mata air saya hanya la seorg tukang masak di Instun (int. ukur tanah negara). bawa jumpa mak, lg best...terus tanya, bila nk masuk minang. 

11.6.2004 - Mengikat tali pertunanagan.
bila melibatkan hubangan yg bakal serius iaitu pertunangan, hak perbincangan dipindahkan dr along kpd pak ndak iaitu abg pada mak. pakndak bg ceramah bebas pd saya. tajuk: kenapa kawin awal. gulp!!! tp itu hanya la soalan aje yg mungkin mewakili arwah abh. diringkaskan, pakndak terima keputusan saya. (mak kata saya gatay nk kawin, huwaaaa). majlis pertunangan berlangsung dgn jayanye. saya ank bongsu & tunggal perempuan dr 3beradik manakala tunang saya (tukar status la, kata udah tunang, hihi) anak sulung & tunggal lelaki dr 4beradik. ikatan pertunangan dlm 1thn shj.

21.5.2005 - Majlis Pernikahan
Alhamdulillah, tempoh pertunangan kurang lebih 1thn berakhir ngan akad nikah. dgn 4x lafaz (wah, ingat senang ku jd milik mu, wakaka) kami pun bertukar status sbg SUAMI & ISTERI. dgn busana serba putih, pada saat menerima sms dr adik ipar yg saksi ckp SAH, saya dirumah tetiba menitis air mata dek sayu meninggalkan status ank dara & bakal wujud jurang diantara saya & mak. pada masa tu, baru la saya terfikir, kenapa pakndak saya bertanyakan soalan, "kenapa kawin awal sgt". mak tahu saya menangis, lg saya kena marah. "katanya, dh jodoh sampai awal, kita kena redha". mak begitu memahami. touching u masa tu. bila rombongan pengantin lelaki dtg ke rumah utk majlis btal air sembahyang, hati bermunga2. susah nk digambarkan, sesapa yg lalui saat itu, hanya mereka aje yg tahy. pd masa tu, rasa mcm artis, flash disana sini, :) selesai sesi fotografi, sesi jamuan ringin minum ptg coz majlis nikah pd kul 3pm. Kami berpisah seketika kerana keesokan hari baru berlangsung majlis kenduri kahwin diantara Badariah & Ariffin.


Alhamdulillah. pada hari ni, saya & suami menyambut ulangtahun perkahwinan ke 7. rumahtangga kami diserikan dgn kehadiran 3 cahayamata, ariff muhammad akmal, ariffah nur ilhaam & ariff muhammad iman. Diharapkan rumahtangga kami berbahagia hingga keakhirhayat. AMIN


anjuran
end date 22 may 2012



Kenangan Terindah 
pabila 
Imbau Kenangan Saat Sah
Badariah jd milik Ariffin

1 comment:

wantie said...

dari segmen yang sama

http://lovingwantie.blogspot.com/2012/05/imbau-kenangan-saat-sah-jadi-miliknya.html