Follower

Jom KLIK2

Apr 22, 2012

Saya tiada niat aibkan sesiapa: Lufya

“Niat saya menjelaskan kepada media mengenai salah faham peminat bukan untuk mengaibkan dia dan saya tidak ada niat langsung untuk aibkan sesiapa,” tegas Lufya berkaitan isu perang yang dilancarkan Zarina Anjoulie Lavocah selepas berang dengan kenyataan Lufya yang disifatkan sengaja mencari publisiti murahan dengan menjual cerita mereka memiliki rupa seiras.

Menjelaskan dengan lebih terperinci lagi mengenai isu yang berbangkit, gadis berusia 26 tahun ini berkata, setelah sekian lama memendam rasa, dia akhirnya memilih untuk tampil kepada media memberi penjelasan mengenai perkara yang dianggap telah mencalarkan imejnya.

Katanya, dek kerana wajah yang seakan sama, Lufya menerima gangguan yang dianggap keterlaluan seperti gangguan seksual, malah dia dan keluarganya turut dicemuh.

“Jika dia (Zarina) rasa tidak sama, itu terpulang. Tapi jika tak sama, takkanlah orang terkeliru. Bukan orang luar sahaja, ada juga orang di dalam industri yang terkeliru saya dengan dia.

“Saya sering menerima gangguan seksual daripada lelaki tidak dikenali. Pernah sekali, ada lelaki memegang saya dan mengaitkan saya dengan cerita yang pernah dilakukan oleh dia.

“Niat saya bercerita, bukanlah nak memalukan atau menyalahkan dia. Saya tidak kisah dia mahu buat apa dalam hidupnya. Cuma saya rimas bila turut mendapat tempiasnya,” jelas bintang yang lahir menerusi program Akademi Fantasia (AF) ini.

Lufya atau namanya sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia bimbang andai perkara ini berterusan, ia akan turut memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.


Bukan publisiti murahan

Bagaimanapun, Zarina menerusi laman sosial Twitter miliknya menganggap Lufya sengaja mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kembali cerita yang sudah lima tahun diperkatakan.

Namun, tegas Lufya, dia bukan sengaja mencari publisiti murahan dengan menjaja cerita ini kepada media, sebaliknya hanya untuk memberi penjelasan kepada mereka yang keliru tentang mereka berdua.

Malah, Lufya berkata, dia sedikit pun tidak berdendam dengan Zarina yang bertindak melancarkan perang dan mengejeknya menerusi laman sosial Twitter miliknya.

“Sekarang kita lihatlah siapa yang bersikap keanak-anakan? Saya bagi kenyataan kerana ini melibatkan maruah saya. Tapi pada saya, dia yang berlebih-lebih mengaibkan saya.

“Saya tidak kisah langsung dia mahu papar gambar ketiak saya basah dan memanggil saya lecak di Twitternya. Saya juga tak akan berdendam dengan dia dan bersedia memaafkan perbuatannya,” jelasnya lagi.


Masih aktif

Menyentuh mengenai perkembangan terkininya, Lufya berkata, biarpun jarang muncul di dada akhbar mahupun majalah, dia masih lagi aktif di dalam bidang seni dan banyak menerima undangan nyanyian membabitkan majlis-majlis korporat.

Selain itu, Lufya juga bakal muncul dengan single bergenre ballet tahun ini yang masih dalam perancangan. Malah, Lufya juga turut mencipta lagu bagi material album barunya yang juga masih dalam perancangan kerana Lufya bergerak sendiri tanpa mana-mana syarikat rakaman.

“Buat masa ini saya dah lama tak berlakon kerana masih menunggu cerita dan karakter sesuai. Jadi masa yang ada saya gunakan untuk memenuhi undangan nyanyian.

“Selain itu, saya juga turut menjadi pengacara bagi rancangan Jamming dan Podium. Jadi secara tak langsung saya masih boleh bertahan dalam industri dengan kerja yang ada,” katanya.

Sementara itu, Zarina tidak dapat dihubungi bagi mengetahui ulasan lanjutnya mengenai perang yang dilancarkan ke atas Lufya. Bagaimanapun, Zass memaparkan beberapa screen syot akaun Twitternya mengenai perangnya terhadap Lufya.






**cete diaorg ni berbalas2 ler pulak. last n3 pasal deme ni.kome nk tau cete, cari kt paper je la, hihi
**Iman demam. demam nk merangkak n tumbuh gg kot..air liur ngeces aje.

No comments: