Follower

Jom KLIK2

Apr 13, 2012

Saiz Jarum Mesin Jahit & Kegunaannya






Setiap mesin jahit mempunyai jenis jarum yang tersendiri mengikut saiz dan panjang kepala jarum. Walaubagaimanapun, saiz jarum adalah sama bagi semua jenis mesin jahit. Secara general, jarum mesin jahit dikelaskan mengikut saiz jarum. Saiz jarum mesin jahit biasanya bernombor dari no9 sehingga no18. Nombor-nombor ini dikelaskan mengikut kesesuaian fabrik yang hendak dijahit. Jarum bernombor kecil seperti no9 digunakan untuk fabrik nipis, manakala jarum yang bernombor besar seperti no18 digunakan untuk fabrik yang tebal. Walaubagaimanapun, no jarum lebih besar seperti no21 dan no22 boleh didapati untuk menjahit kanvas dan kulit (kasut atau sofa). Pemilihan saiz jarum amat penting untuk hasil jahitan yang cantik dan kemas. Cuba bayangkan jika anda hendak menjahit tudung yang sepatutnya menggunakan jarum bersaiz no9, tetapi anda terus menggunakan jarum saiz no16 yang biasa anda gunakan untuk menjahit seluar jeans. Tentu tudung anda berlubang pada jahitannya. Begitu juga sebaliknya jika anda menggunakan jarum halus (no9) tetapi digunakan untuk menjahit getah pinggang kain yang sepatutnya menggunakan jarum saiz no14, tentu jarum no9 tersebut bengkok atau patah. Berikut merupakan saiz jarum mengikut ketebalan fabrik yang sesuai sebagai panduan anda. 

No 9 – Fabrik nipis – Tudung atau sutera 
No11 – Fabrik nipis & sederhana tebal – Tudung atau baju kurung 
No13 – Fabrik sederhana - Baju kurung 
No 14 – Fabrik Sederhana dan tebal – Jahitan pinggang baju kurung 
No 16 – Fabrik Tebal – Jeans atau langsir 
No18 – Fabrik tebal dan berat – Jeans tebal atau langsir tebal

**Sumber pencarian google

No comments: