Follower

Jom KLIK2

Apr 13, 2012

janguih @ gajus

Kamu org kenal ke, buah apa ni?? Buah Gajus... 



Pandai betui kamu org :)


**minta bantuan wikipedia utk keterangan lanjut. linknye kt bwh ye..






Gajusjanggusjambu golokjambu monyetbunga kesasar, atau jambu terung [1] adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale [2] dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.
Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.
Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan,buducencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat.





**apa hey saya cete pasal pucuk, buah & seangkatan ngan GAJUS?? sbbnye smlm saya makan pucuk gajus ngan nasi. sedap! pucuk ni kalau ditogether ngan sambal kelapa, lg sedap. kalau makan laksa utara, campak sekali pucuk ni, sesungguhnye ia sedap juga. pucuk ni dpt dr sg besar. ater, minggu lepas ke sana. tersebut kt mulut ni, "yang, byknya pokok 'janguih' @ gajuh kt batas bendang depa ni". nk jd rezeki, ge makan nasi umah ibu ani, dia kirimkan saya pucuk gajus ni. mmg suka sgt. masa ngandung iman, leh kata tiap2 minggu saya cari pucuk gajus ni kt pasar tg malim.kt kg mak, dh pupus agaknya pokok gajus ni, dh tak de pun saya tgk masa blk kg baru ni. dedulu buah dia mak selalu buat gulai. wpun saya tak lalu makan tp kuah dia leh telan sesikit. 


**ini la pucuk gajus smlm, hihihi




2 comments:

Aju Mohit said...

Daun gajus tu dibuat ulam sedapnya kan bada

bada said...

sedap aju..ko pernah baut sambal kelapa x?? makan ngan tu, bertambah2 sedap...