Follower

Jom KLIK2

Mar 8, 2012

Slmt Hari Wanita - 8 Mac 2012

Ucapan utk wanita yg didahului diri sendiri (iye ke??), mak, mak mertua, kedua2 kakak ipar (kakak sendiri tak ada, hukhuk, adik-adik ipar (biras pun tak ada, hukhuk), rakan2 wanita, (yg original yg separa atau suku wanita, tidak termasuk ye)dgn ucapan



SELAMAT
HARI WANITA


ehem3, camna la saya leh terupdate hari wanita(sbb my birthday on feb ari tu pun saya lupa update, kehkehkeh)?? story nye bermula, pg td ngantar bebdk ge school. selalunya saya jarang on radia sbb saya 'pekak' dgr suara ank2 dlm kete. hari ni, 3beradik tu sgt bekerjasama utk diam, jd boleh la saya on radio. maka dgr Sinar & terdgr DJ 3 sekawan bersoksok topik pg ini, Hari Wanita. Maka ngan topik itu, saya pun update la n3 ini.




Gambar yg saya google. Sedih!! kerana saya sedang berusaha utk kearah spt gambar ini. Teringat pesanan arwah Abah berkaitan pemakaian wanita Islam sejati. Al-fatihah utk abah.

Sedikit perkongsian yg saya dpt disini (n3 nye panjang tp saya ambik yg pendek aje)

PAKAI TUDUNG SELAMAT, TAPI TIDAK SELAMAT ...
Memakai tudung bagi perempuan yang telah cukup umur adalah satu kebaikan.
Ia akan mengelakkan siksaan di akhirat kerana mendedahkan salah satu aurat (rambut).

Tetapi, jika aurat-aurat yang lain tidak dijaga, kita masih belum selamat sepenuhnya.
Marilah kita bersama memperbaiki diri dan elakkan dari di azab di Akhirat nanti.

"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih
mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu" - Surah Al Ahzab, Ayat 59

'Menghulurkan Tudung' bermaksud menutup dengan pakaian yang longgar, labuh, tidak jarang
dan tidak menarik perhatian (warna, hiasan dan corak), terutama kaum lelaki.

'Mereka tidak Diganggu' bermaksud Allah swt akan memelihara wanita-wanita yang patuh
kepadaNya dengan menutup aurat dengan sempurna dari kejahatan manusia.

Masakan Allah akan membiarkan hambaNya yang taat, dirosakkan oleh orang lain.
Allah tidak berdusta, hanya manusia yang sering berdusta dan sanggup memutarbelitkan
perintah Allah swt demi kepentingan diri dan manusia-manusia lain yag 'disembahnya.

Rasulullah SAW Bersabda :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya (akil baligh),
maka mereka tidak boleh dilihat (diperlihatkan kepada yang bukan muhrim) akan dia,
melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis.

Lalu Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh (akil baligh),
tidak boleh baginya menzahirkan (memperlihatkan kepada yang bukan muhrim)
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja"
(Riwayat Muslim dan Bukhari)


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana menjadikan diri saya sbg seorang wanita yg sejati (Amin).

No comments: