Follower

Jom KLIK2

Jan 26, 2012

Sejam peluk mayat kekasih




GEORGETOWN: Hampir sejam diperlukan untuk memujuk seorang lelaki yang tidak mahu melepaskan pelukan terhadap teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selepas ditemui di tingkat bawah satu blok flat di Taman Utara, Batu Uban, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya, Lau Kah Kah, 22, maut selepas terjun dari tingkat 17 flat berkenaan.


Lelaki terbabit dilihat meniarap di sisi mayat teman wanitanya sambil memeluknya, tetapi langsung tidak bersuara dan hanya sesekali kelihatan menangis.

Orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat di situ, tetapi terkejut apabila melihat lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak


Sumber & Laporan Bergambar :- Harian Metro

3 comments:

Bui Junaidi said...

KESIAN BOIFREN DIA..

bada said...

agaknye awek dia tu terjatuh kot..sian...

syariza09 said...

terlalu sayangkan gepren tu, sampai x leh trima hakikat