Follower

Jom KLIK2

Nov 13, 2011

Daging Masak Dot Dot Dot

Assalamualaikum






Kualiti gambar yg tak ok sgt. Daging korban dlm esbok sebanyak 2.5kg telah selamat menjadi Daging Masak Dot Dot Dot. Resepi dr mak. Bila tanya mak, "apa nama masakan ni??". Mak jawab, "mak pun tak tahu, kawan mak tak ckp pun apa nama dia". hihi


Bahan-bahan:
Daging
Cuka
Gula pasir
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Cili kering*
Lada hitam*
Kerisik
Gula melaka
Minyak masak
Kicap manis
Bahan2 '*' digoreng & diblande halus


Cara menbuatnya:-
Daging dipotong kecil & diperap selama 1jam dgn cuka & gula pasir. Panaskan minyak & tumis bahan blande. Masukkan daging yg diperap & semua bahan2 yg telah disenaraikan. masak hinggap daging empuk dgn api perlahan. sedap dimakan ngan nasi impit atau lemang atau ketupat palas.

cara saya masak ni, adik tiri dr chef wan sbb tak de sukatan..hihi

inilah killer menu umah saya kalau time raya. ada kawan kg saya, pas solat raya dia dh terpacak depan umah mak sbb nk makan masak ni. ngandung pun leh ngidam masakan ini. ingat nk try test pd ayam pulak.

sekian

No comments: